Tentang kami
Dua rakan sekolah, satu bengkel kecil di Klang
FixRight bermula pada 2019 apabila seorang tukang paip dan seorang juruteknik elektrik sedar satu perkara: rumah selalunya perlukan kedua-duanya sekali.
Kisah kami
Bermula dari satu panggilan jiran
Amir belajar kerja paip dengan bapa saudaranya di Kapar sejak habis sekolah. Danial pula pegang lesen pendawaian dan bekerja dengan kontraktor di Shah Alam. Pada 2019, jiran Amir panggil dia baiki sinki bocor, tetapi punca sebenar rupanya pendawaian basah di bawah sinki.
Amir telefon Danial, dan dalam satu petang mereka selesaikan apa yang tiga kontraktor lain tolak. Sejak itu mereka sedar kerja rumah jarang datang sendirian, jadi dua kemahiran digabungkan bawah satu nama: FixRight.
Hari ini kami masih pasukan yang sama. Satu bengkel kecil di Bandar Bukit Tinggi, satu van yang jiran sekitar dah kenal, dan cara kerja yang tak berubah: datang ikut janji, kerja kemas, harga ikhlas.

Di sebalik kerja kami
Beberapa detik dari lawatan servis kebelakangan ini: alat yang kemas, kerja yang teliti.
Nak tahu sama ada kami boleh tolong? Tanya saja
Ceritakan masalah rumah anda di WhatsApp. Yang membalas ialah Amir atau Danial sendiri, bukan bot.
Atau telefon 03-2181 0317 pada waktu operasi.



